Alhamdulillah, sepanjang minggu ini aku sibuk mengecat rumah... (gambar tersebut akan dimuat turunkan esok)... dan meraikan Hari Lahir adik aku yang ke 29.
Antara aktiviti yang aku buat, menaiki bot di Sungai Melaka. Tiket bot di Taman Rempah adalah RM10 untuk dewasa, dan RM5 untuk kanak-kanak termasuk bayi...
Pengalaman menaiki bot selama hampir 30 minit menunjukkan kami sekeluarga menikmati panorama pelbagai bangunan lama yang masih tersegam indah di tepi Sungai Melaka.
Cuma apa yang dikesalkan, waktu menunggu amatlah terseksa... hinggakan waktu menunggu hampir 1 jam lamanya...