Kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad tidak etika?
Ya betul. Ingin idd katakan, bukan untuk memburukkan imej KTMB tetapi sekadar berfikir bersama. Adalah menjadi tanggungjawab KTMB memberikan layanan yang baik dan memuaskan kepada semua pelanggan yang menggunakan khidmat komuter.
Pada 20hb-22 Mei 2005, idd telah melawat kawan di Semenyih. 22hb. Mei 2005 jam 3:45 petang idd telah menggunakan khidmat komuter KTMB di stesyen Batang Benar. Amat memalukan apabila layanan yang diberikan oleh seorang kakitangan yang bertugas tidak seperti yang diharapkan oleh pelanggan. Pendek kata "macam nak tak nak jer layan".
Kenapa jadi macam tuh? Cuba bayangkan, idd berikan RM10.00 untuk balik ke Seremban dari Batang Benar. Kos adalah RM2.80. Baki seharusnya RM7.20, tetapi kakitangan tersebut macam layan tak layan dan memandang kertas sambil menjawab "tak ada duit kecil".
Bukan itu sahaja, kakitangan tersebut buat tak tahu bila idd tetap memandang ke arahnya kerana idd sebagai pelanggan tidak suka kakitangan menjawab "tidak ada duit kecil" sambil memalingkan muka ke tempat lain. Beginikah sikap seorang kakitangan KTMB yang konon-kononnya mesra pelanggan?
Akhirnya idd menyoalkan semula kepada kakitangan tersebut, "tak de duit kecil ker?", lantas kakitangan tersebut memandang idd dan kata ya. Terus idd membeli tiket menggunakan mesin tiket, tetapi malangnya mesin tersebut tidak boleh menerima wang kertas RM10 walaupun RM10 tersebut idd ada 3 keping...
Nak tak nak idd tanya member idd pulak, mujurlah member idd ada duit genap RM2.80
Pendek kata, sebagai salah satu syarikat koprat yang dikenali ramai, kakitangan KTMB harus menunjukkan etika berkomunikasi dengan pelanggan biarpun pelanggan tersebut muda atau pun tua kerana kita kena akur, "CUSTOMER ALWAYS RIGHT". Jangan kerana nila setitik, susu rosak sebelanga. Untuk mesin tiket ang tidak berfungsi menerima RM10.00 tuh elok selalu buat 'maintenance' dan jangan asyik duduk di atas kerusi. Kepada pegawai atasan, boleh memberikan kursus "CUSTOMER SERVICE" kepada kakitangan KTMB. Itu cadangan jer...